Monday, August 13, 2012

KONFLIK ROHINGYA

SEMOGA ALLAH BRSAMAMU...




Aku mengutuk dengan keras terhadap pihak berkuasa Myanmar yang sejak 1982 telah melancarkan penghapusan etnik terhadap kaum Rohingya . Umat Islam Rohingya pernah diperlaku secara kejam oleh regim tentera Myanmar pada tahun 1982 yang mengakibat 100,000 orang Rohingya terbunuh.

Nasib umat Islam Rohingya yang berada di Myanmar berada dalam keadaan yang sangat buruk dan sangat tenat. Undang-undang dan operasi keselamatan Nasaka sejak 1982 telah mengakibat kesengsaraan yang berat keatas Umat Islam Rohingya yang maseh berada di wilayah Arakan , Myanmar .
Antara penderitaan yang dialami ialah perampasan rumah , tanah , ternakan , pemusnahan masjid , arahan tidak dibenarkan membaikki mana-mana Masjid , ratusan Masjid dimusnah dan diganti dengan Pagoda Buddha , perkahwinan dan pergerakkan yang dihadkan hanya dengan keizinan tentera , penangkapan , penyiksaan tanpa bicara , perkosaan wanita dan pemaksaan keluar dari Islam dan dipaksa menganut Buddha.
Penduduk Rohingya didera sehingga tidak dibenarkan memilikki walaupun pisau atau parang untuk kegunaan di rumah kecuali dengan izin tentera. Malah mereka juga tidak boleh memilikki telefon bimbit. Ada yang ditangkap dan dipenjara sehingga 7 tahun hanya kerana memilikki telefon bimbit.


p/s:sama sama kita mendoakan saudara seislam kita. Allah lindungi saudaraku...

0 comments: