Monday, July 7, 2014

Dilema Hutang?Kita orang muda!

"Masa depan kita tak dapat kita tentukan. Masa silam yang suci adalah dicorak pada masa sekarang" -ahmad london-

Dilema hutang?Perlu ke kita berhutang? Bagaimana kita menguruskan kewangan kita? Aku ada dua role model yang boleh kita sama-sama lihat dan nilaikan gaya mereka menguruskan kewangan. Mungkin mereka menguruskan wang dengan skop yang lebih besar iaitu pengurusan kewangan negara tapi gaya mereka yang kita boleh nilaikan yang mana baik untuk kita implemen dalam memnentukan halatuju masa depan kewangan kita.

TUM DAIM VS Ku Li

Gaya bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin (1984-1991) dalam mengurus ekonomi negara. Gaya beliau adalah bertentangan dengan Menteri Kewangan sebelumnya iaitu Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li (1976-1984) di mana Ku Li lebih suka meminjam supaya pertumbuhan ekonomi negara lebih semarak. Berbeza dengan gaya Daim iaitu perbelanjaan mesti selaras dengan pendapatan untuk pertumbuhan ekonomi negara. Semasa kemelesetan ekonomi melanda pada tahun 1985 iaitu pertumbuhan ekonomi ialah -1.1%, baru disedari betapa beratnya beban hutang akibat pinjaman yang berjumlah RM20 billion. Dengan keazaman dan ketekunan dalam menghadapi rintangan dalam memulihkan ekonomi negara, Daim berjaya memulihkan ekonomi negara. Falsafah Daim dalam mengurus ekonomi pula ialah "Kita hidup dalam batas kemampuan kita". Kesannya, Daim telah berjaya mengeluarkan negara dari lembah kemelesetan daripada -1.1% tahun 1985 kepada +9.2% pada tahun 1989 iaitu suatu pencapaian rekod terbaik bagi negara membangun.

Intipati yang boleh dipetik daripada pengurusan ekonomi Tun Daim ialah kita usahlah berhutang dalam menambah pendapatan kita contohnya dalam membuat pelaburan ataupun untuk berniaga. Sebenarnya, kita sedang menjana 'pendapatan palsu' jika mengikut falsafah Daim. Apa yang perlu kita lakukan ialah kita harus memperuntukkan 30% daripada pendapatan kita untuk membuat pelaburan. Sekiranya pendapatan kita ialah RM3,000 sebulan, peruntukkan RM900 sebulan untuk pelaburan kita. Dalam masa 3 tahun, hasilnya ialah RM32,400. Daripada mengigau di siang hari dengan membuat 'pinjaman peribadi' sehingga 20 tahun semata-mata untuk melabur.

*Kesimpulan yang dapat kita lihat Tun Daim suruh kita belanja ikut kemampuan sebab kita perlu hidup dalam batas kemampuan kita. Manakala Ku Li lebih suka berhutang untuk merancakkan ekonomi. Tapi apa yang aku belajar dan ingin cuba lakukan adalah berhutang untuk berniaga macam orang cina. Mereka tak guna duit saving untuk run bisnes, mereka berhutang then meniaga jadi, meletop kaya raya,kemungkinan takda masalah nak bayar balik hutang yang mula-mula mereka invest. Ni lagi satu masalah nak beli kereta hutang 9 tahun? Wajar ke tak? Dilema beb dilema!

1 comments:

Unknown said...

anak muda macam saya patut explorekehidupan dan tambah ilmu camna nak hidup selesa dan bebas hutang pada masa hadapan...by the way silalah singgah ke blog saya www.rayflexs.blogspot.com